Pengalaman Herbalife spetacular 2018: Online Business yang Mantap dan Berjaya



Assalamualiakum wbt.

Kenangan yang paling manis dan berharga buat mama di spetacular Herbalife 2018

Sepanjang 8 tahun berkecimpung dalam dunia business online ternyata inilah kali pertama, dan pengalaman pertama yang menakjubkan. Tiada business online yang mama rasakan dapat menyokong ahlinya untuk berjaya dengan kekuatan produk dan sistem pemasaran yang ada.

Sebelum ni mama hanya tertumpu pada jualan runcit dan borong secara online dan offline. Mama rasa ramai yang terlibat dengan kaedah jualan sebegini. Sepanjang 2-3 tahun menjalankan business tudung dan pakaian.. jujur boleh di katakan  banyak income yang masuk melalui jualan tersebut.. itu zaman belum masuk GST lagi la...seronok lagi berbisness time tu. Seperti yang mama katakan tadi hanya jualan runcit dan borong maka profit yang kita dapat hanya lah bila ada sale atau jualan. yang tak habis akan jadi stok.  terpaksa cari produk lain yang lebih beri keuntungan dan peluang yang lebih baik.  Kemudian bukak butik dan restoran... bertahan dalam 3 tahun, masuk tahun ke dua start GST.. bermulalah perlahan perjalanan perniagaan kami .. kerana tidak dapat kejar dengan harga stok barang yg serba naik dan mahal. sedangkan harga menu-menu dan stok butik mama kena kekalkan supaya tidak menyusahkan pelanggan.  kawan kawan mama yang juga berniaga di situ seperti restoran dan butik jugak hanya dapat bertahan pun dalam 3.4 bulan terus tutup. dengan ekonomi sekarang yang semakin meleset dan duit yang rendah. so kami settle down kat situ..tak boleh teruskan lagi walaupun customer takde masah.. yg masalahnya ..keuntungan kami lebih kepada cover cost.

Pilihan Karbo Sihat

Orang yang nak kurus sering mengelak daripada mengambil karbohidrat, sehinggakan ada diet yang elak karbohidrat sama sekali. Sedangkan karbohidrat ni tetap diperlukan oleh tubuh. Jadi kalau diet rendah karbohidrat masih boleh diterima pakai kerana tidak meminggirkan karbohidrat terus.






Orang yang nak kurus sering mengelak daripada mengambil karbohidrat, sehinggakan ada diet yang elak karbohidrat sama sekali. Sedangkan karbohidrat ni tetap diperlukan oleh tubuh. Jadi kalau diet rendah karbohidrat masih boleh diterima pakai kerana tidak meminggirkan karbohidrat terus.

Karbohidrat adalah bahan mentah yang memberi kuasa kepada tubuh kita. Kita memerlukan karbohidrat untuk membuat gula bagi menghasilkan tenaga.
Karbohidrat terbahagi kepada dua jenis iaitu karbohidrat ringkas dan karbohidrat kompleks.


Apakah perbezaannya?

Karbohidrat ringkas seperti bahan api yang cepat terbakar. Ia dipecahkan menjadi gula. Kita perlu mengawal dan memastikan pengambilan karbohidrat ringkas kurang diambil dalam diet harian kita.
Karbohidrat kompleks pula merupakan pilihan yang lebih baik. Ini kerana ia mengambil masa yang lebih lama untuk dipecahkan oleh tubuh.

Panduan Memilih Karbohidrat Sihat
#1: Lihat Label (Termasuk Tulisan Halus Di Bawah Kandungan)
Label nutrisi makanan biasanya merupakan cara yang paling mudah untuk kita mengesan gula tambahan, sumber karbohidrat ringkas yang kita ingin kurangkan pengambilannya.

Lihat perkataan yang berakhir dengan  “OSE”.
Nama kimia bagi gula ialah sukrosa (sucrose). Nama-nama lain yang anda mungkin pernah lihat termasuklah fruktosa (fructose), dekstrosa (dextrose), dan maltosa (maltose).
Semakin ke atas senarai semua bahan-bahan ni, semakin tinggi kandungan gula tambahan yang terdapat di dalam makanan tersebut.

#2: Perlukah Mengelak Karbohidrat Ringkas
Ia bukanlah sesuatu yang mudah! Makanan yang telah diproses dengan gula tambahan secara amnya merupakan pilihan yang tidak begitu sihat, ia benar.
Tetapi karbohidrat mudah juga terdapat secara semulajadi di dalam sesetengah makanan yang merupakan sebahagian daripada diet yang seimbang.
Sebagai contoh, kebanyakan susu dan produk tenusu yang lain mengandungi laktosa, atau gula susu.

#3: Bijak Memilih Roti
Adakah sebuku roti mempunyai karbohidrat kompleks yang baik untuk kita?
Ia sebenarnya bergantung kepada bijirin yang digunakan untuk membuatnya.
Carilah roti yang mengandungi bijirin penuh (whole grain bread). Barli, rai (rye), oat dan gandum adalah beberapa pilihan bijirin penuh yang baik untuk tubuh kita.

#4: Bagaimana Dengan Buah-buahan?
Buah-buahan memang manis kan? Jadi sudah pasti mempunyai karbohidrat ringkas, betul tak?
Ianya memang betul tetapi ianya masih merupakan pilihan yang sihat.
Ini kerana buah-buahan mengandungi serat yang dapat membantu melambatkan proses kerosakan gula. Lagi bagus kalau yang mempunyai sumber nutrian yang baik sepseti Vitamin C dan Kalium.
Buah-buahan yang boleh dimakan bersama kulit dan biji seperti pear, epal dan buah beri sangat tinggi dengan serat.

#5: Perhatikan Minuman Kita
Air soda/berkarbonat yang kita minum sering menjadi sumber karbohidrat ringkas yang tidak disedari (sneaky).
Ini kerana, minuman soda yang bukan diet mengandungi pemanis, biasanya tinggi dengan sirap jagung frukrosa (high-fructrose corn syrup).
Ia biasanya merupakan bahan pertama yang disenaraikan di dalam label nutrisi makanan. 12 auns air soda biasanya boleh mengandungi 39 grams karbohidrat, semuanya datang dari gula di dalamnya.


Penyakit Kronik Sebenarnya Tidak Dapat Dicegah, Diubati dan Dikembalikan Menjadi Muda



USIA 45 TAHUN KE ATAS SEBAIKNYA SUDAH TIDAK PERLU LAGI FOKUS MEMBURU MAKANAN. PERBANYAKKAN REKREAKSI SAJA..


Ini pesanan Prof. Dr. dr. Bhenny Karim, SpPD-KR. (Guru Besar FK UGM)

Kepada Saudara2ku yg Telah Berusia 45 Thn dan ke atas, Lebihkan Disiplin Jaga Kesihatan. Dalam erti kata lain "eat clean".


Proses Penuaan (Aging Process) sdh Bermula Sejak Umur 32 Tahun dgn Mulanya Penurunan Fungsi Organ-organ (Seperti Ginjal/Buah Pinggang, Hati, Hypophyse dsbnya) dan Penurunan Hormon-Hormon (Seperti Testosteron, Growth Hormon, Coenzym Q10, Melatonin dan Antioxydant).

Pada Usia 45 thn Bermula Penurunan Estrogen utk Wanita & Penurunan Hormon Progesteron dan Testosteron utk Lelaki.

Penuaan Adalah Suatu 'Penyakit' yg Berlangsung Kronik yg Sebenarnya Tidak Dapat Dicegah, Diubati dan Dikembalikan Menjadi Muda.

Penuaan Bukanlah Hukuman, tetapi Akibat 'Perintah dari Gen.'

Beberapa Penyakit yang Muncul Akibat Proses Penuaan, adalah;
1. Osteoporosis.
2. Metabolic Syndrome menjadi penyebab Penyakit Cardiovasculer (seperti Strok, Penyakit Jantung Koroner dan Hypertensi Renal).
3. Cancer (seperti Payudara, Colorectal/Usus, Prostat, Ovarian).
4. Alzeimer (Pikun).
5. SD (Sexual Dysfunction).




APA PULA YANG HARUS DILAKUKAN?

1. BERGERAK.
Jalan kaki 3-5 km/hari) dapat Mencegah Osteoporosis (Rapuh Tulang) dan Hypertension.

2. SENAM OLAH NAFAS
Seperti Pranayama, Orhiba, Cikung, Yoga dsb 2x/minggu. Paru-paru Perlu Latihan Deep/Maximal Breathing, untuk Meningkatkan Aliran Darah di Alveoli, Menuras CO2.

3. KURANGI KARBOHIDRAT
Cukup Protein, Buah & Sayur.

4. JAGA BERAT BADAN
Berat Ideal Lelaki (Tinggi Badan Kurangkan 100), Wanita (Tinggi Badan Kurangkan 110).
Lingkaran Perut Tak Boleh Lebih 80cm utk Wanita, 90cm utk Lelaki.
BMI Tak Boleh Lebih 30 kg/m2.

5. TEKANAN DARAH TIDAK BOLEH LEBIH 140/90.
Check BP Tiap Minggu.

6. KADAR GULA DARAH PUASA TIDAK BOLEH LEBIH 110, Trigliserida 150, HDL Harus Lebih 50.
Jadi Periksa Darah sekurang2nya Tiap 6 Bulan.

7. WANITA WAJIB BUAT MAMMOGRAM dan PAP SMEAR Setiap Tahun.
Kesan Awal Kanser Servik dan Payudara.

8. ISTIREHAT CUKUP
- Tidur 6 - 8jam sebaiknya seawal jam 10 malam
- Matikan Lampu (Merangsang Growth Hormon).
- Jangan Makan 3 jam Sebelum Tidur (Mencegah GERT & Sesak).
- Bantal Rendah (Meningkatkan Oksigen ke Otak).
- Miring ke Kanan (Mengurangi Beban Jantung).

9. KURANGI STRESS
- Jgn bekerja di Luar Kapasiti/Kemampuan
- Perbanyak Rasa Syukur, Doa atau Meditasi
 - Sentiasa Perbaiki Kualiti Ibadah, Iman, Sosial & Hiburan yg Positif



--------------------------------------------------------------------------------------
Mama harap petika di atas dapat memberi lebih gambaran kepada semua pembaca untuk melihat usaha mama selama ini untuk pastikan kita semua sentiasa sihat, bertenaga dan berada dalam berat badan yang ideal untuk cergas mengerjakan urusan harian. Perkara 3 dan 4 di atas mama sentiasa tekan dalam diet online mama agar berat badal ideal kita sentiasa mengikut kada BMI yang ditetapkan dengan hanya menjaga amalan permakanan kita. Nak tahu lanjut PM mama or tinggalkan message di IG or blog mama ya. Bila kita dapat jaga berat badan dan ianya akan memudahkan kita untuk lakukan perkara 1 dan 2 agar kita kekal sihat sentiasa.

Semoga bermanafaat untuk semua...jangan segan2 hubungi mama ya:)

3 Amalan Perbaiki Diri



Dengarlah nasihat saya ini. Jika bisnes kucar kacir, sales tak konsisten, JANGAN sibuk minta tolong sana sini.

#Pertama:
Baiki dahulu diri sendiri dengan Allah swt. Merayu menangis minta tolong dengan Allah dahulu. Buatlah apa yang terdaya. Puasa nazar ke. Istigfar beribu kali ke. Selawat beratus kali ke. Solat taubat solat hajat sedekah zakat. Ngaji ke baca doa. Buatlah mana yang termampu. Biar mata bengkak lutut lebam. Biar tersengguk ngantuk masa pegang tasbih tu.

Ingat. Pergantungan UTAMA kita hanya pada Allah swt semata-mata. 

#Kedua
USAHA ikhtiar cari jalan penyelesaian. Minta nasihat. Upgrade ilmu. Tambahkan usaha. 

Ingat. Tiada manusia hebat di dunia ini. Yang hebat hanyalah ALLAH. Usah bergantung harap pada manusia, network, guru bisnes, team bisnes, kerana mereka semua manusia biasa. Dan manusia kerap mengecewakan manusia.

.
Sebelum ini saya pernah kongsikan cerita. Bulan Nov-Dis 2015, saya putuskan semua hubungan dengan #network saya. Saya putuskan bergantung harap kepada manusia.

Sebelum ni hati selalu berkata, "Aku kena berbaik dengan dia ni orang itu, sebab mereka akan bawa peluang bisnes." SILAP ! 

2 bulan saya hentikan bisnes.
1. Saya baiki amalan saya. Saya berbaik denagn Allah swt.

2. Saya baiki semula kesilapan utama saya iaitu kebergantungan kepada manusia lain especially network dalam bisnes. Now, dalam hati dan kepala ini hanya INGAT ALLAH ALLAH ALLAH sahaja yang akan gerakkan sesuatu, bukakan pintu rezeki, mudahkan semua urusan. Allah sahaja yang berkuasa ! Makhluk tiada apa-apa. 

Alhamdulillah.
Di akhir Disember 2015, satu persatu peluang bisnes muncul dan Allah permudahkan semuanya. Banyak perkara magik berlaku. Memang magik. Namun Allah amat adil dengan saya. Di kala saya kembali lalai, Dia tarik sedikit. Lalu saya mula beringat dan jaga semula amalan dan hubungan dengan NYA. 

#Ketiga
Berkhidmat kepada ibu-bapa dan menggembirakan hati mereka dengan apa yang mereka suka. Jika ibu anda suka cendol, belikan cendol. Ayah suka berkebun, selalu call buat-buat tanya pasal kebun dan hasil tanamannya. Balik kampung, minta ayah pack kan sedikit ubi daun kunyit (walaupun kat pasar rumah anda dah ada banyak). 

Bonda Hayati telefon semalam dan pesan belikan tembikai merah sebiji. Maka saya pun pergilah pasar beli tembikai. Masa pergi hantar tembikai, teruslah saya duduk bersimpuh makan masakan bonda (sebab bonda saya suka orang makan masakannya). 

All The Best Semua.  
Bisnes ini satu ibadah dan satu tarbiyah untuk kita menjadi manusia yang lebih be baik. Teruskan berbisnes tawwww. 😀

Kredit: June Mohd Som

Rezeki Allah Itu Luas



APA MAKNA "REZEKI" 

Rezeki itu bukanlah bermakna kamu dapat apa kamu nak. Tapi bila kamu terima apa yang Tuhan beri. 

Kita belajar tentang sirah mengenai Siti Mariam(as) tidak berkahwin tapi dapat anak. Itu adalah rezeki beliau. 

Kita lihat pula sirah Sayyidatina Aishah(ra) . Beliau berkahwin namun tak dapat anak. Itu pula rezeki beliau. 

Allah hantar Nabi Musa(as) ke rumah Firaun sebagai anak angkat untuk membawanya ke syurga. Tapi tetap juga Firaun menjadi manusia paling celaka yang memilih neraka. 

Allah menghantar Nabi Nuh(as) untuk menyelamatkan kaumnya tapi anak isterinya sendiri derhaka dan enggan terima. 

Pelajarilah sesuatu dari kisah-kisah seperti itu. Sungguh. Rezeki masing-masing tak sama. Semua ada jalan ceritanya yang tersendiri! Semuanya untuk menceritakan kehebatan Allah dalam mengatur segala-galanya dengan indah. 

Orang yang ada suami, ada isteri, ada anak, ini bermakna ada tanggungjawab yang dipikul juga. Mudah dapat pahala. Tapi mudah juga dapat dosa. 

Yang tak bertemu jodoh, yang tak dikurniakan zuriat pun satu rezeki juga. Rezeki terlepas tanggungjawab dan risiko nak menjawab depan Allah nanti. 

Jadi, sebelum kita terus mengeluh tentang itu ini, perlu difahami dulu konsep rezeki. Ada, tak semestinya untung. Tak ada, tak semestinya rugi. 

Kalau dapat apa kamu nak, tak semestinya kamu boleh terus bergembira. Kalau tak dapat apa kamu nak, tak semestinya kau tak boleh bahagia. 

Takdir Allah ini misteri sifatnya. Rahsia Allah dalam perbuatan-Nya. Entah-entah airmata redha yang kamu titiskan dalam mengharung kecewa itulah yang menghanyutkanmu ke syurga. 

Jadi... 

"Rezeki itu bukan bermakna kamu dapat apa kamu nak. Tapi bila kamu terima apa yang Tuhan beri."

Ya! Yang penting, kamu percaya.. kalau sudah itu takdirmu, itulah yang sebaik-baiknya. 

Kamu hanya akan bahagia kalau kamu terima. 

Percaya dan terima.

Wallahu'alam

SILA SHARE DAN SEBARKAN

Testimoni Tekanan Darah Tinggi Dah Kembali Normal


Testimoni Tekanan Darah Tinggi Dah Kembali Normal Tanpa Ubat


8 tahun menderita dan amalkan ubat darah tinggi setiap hari.. kini kembali normal tanpa mengambil sebarang ubat ubatan. MasyaaAllah....



Bonus selain sembuh dari tekanan darah tinggi ADALAH dapat badan yang cantik, ramping, kurus dengan berat badan yang telah banyak turun berkilo-kilo seperti KakNda 7.5kg tidak sampai 2 bulan...MasyaaAllah.. Rezeki Allah Taala takde siapa boleh duga kan...serta nampak awet muda dari usianya.  


Dengan Program Lose Weight From Home :

Cara Paling Pantas 
Tapi Selamat
Untuk Turunkan Dan Sembuhkan
TEKANAN DARAH TINGGI
Secara Semulajadi
Tanpa Guna Ubat
(Hasilnya tidak sama bergantung 
atas setiap individu)

 &

Sakit dan pening kepala boleh hilang serta-merta malah rasa segar dan ceria timbul dengan sendirinya.
&
Tak Sampai Dalam 2 minggu pertama bagi mereka yang mengikut 100% meal plan yang kami aturkan.. tidak mustahil berat anda akan hilang / lose 4 hingga 5 kg

(Hasilnya tidak sama bergantung 
atas setiap individu)



Inilah cara program kami yang telah banyak membantu orang-orang di luar sana menurunkan berat badan dengan pantas dan inilah juga

 Cara Kawal Tekanan Darah Tinggi TANPA Ubat




"Asbab dari program kita kenal, kita kutip ilmu..dah dapat kita teliti dan hadamkan.  Result tu kita juga yang dapat kan?.. bukan orang lain"

"Pujian suami itu mahal!!"

"Duit boleh di cari..ada duit kesihatan tak di jaga ibarat macam rumah besar macam macam kemewahan tetapi duduk atas kerusi roda sebab sakit.."



Percutian Pulau Perhentian Terengganu

Assalamualaikum wbrt

Selamat malam semua Apa khabar..
malam ni nak share kan foto-foto lama bercuti di Pulau Perhentian, Terengganu.. tahun 2014.  Alhamdulillah seronok sangat... dapat pergi dengan family.  Hasil perancangan adik beradik setahun sebelum tu lagi... kitaorg adik beradik ni memang buat tabung travel.. so bila sampai masa nak pergi jalan jalan atau ada destinasi yang menarik dengan cukupnya duit tabung semua.. so masa tu la kami plan betul2 tarikh dan lokasinya.  Menarik kan.. jom kita belek2 foto ...



foto banyak lagiii... klik read more

Pengalaman Herbalife spetacular 2018: Online Business yang Mantap dan Berjaya

Assalamualiakum wbt. Kenangan yang paling manis dan berharga buat mama di spetacular Herbalife 2018 Sepanjang 8 tahun berkeci...

Jom Follow Kak Ja